ummah2u.com

Aluan


Pelawat ummah2u yang dihormati, kami adalah sebuah syarikat perniagaan yang memberikan tumpuan untuk membantu golongan yang kurang upaya dari segi kewangan untuk turut serta bersama memiliki laman web sendiri seterusnya menjadikan hasrat dan cita-cita kerajaan Malaysia tercapai dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang canggih.

Dengan kos hosting yang tinggi sudah pasti tidak ramai yang akan dapat mempunyai laman web sendiri, sedangkan masing-masing mempunyai wawasan dan daya kreativiti yang tinggi untuk memperlihatkan kemahiran kepada dunia apa yang telah dipelajari samada di sekolah mahupun menerusi pusat pengajian tinggi negara ini.

Meskipun anda boleh memilih hosting percuma, namun kebebasan anda amat terbatas dibebankan dengan popup banner yang menjadikan pengunjung merasa bosan.

Dengan berbelanja sedikit anda pasti memperolehi kebebasan tanpa gangguan popup banner dan sebagainya. Disamping itu anda boleh mendapatkan domain idaman anda (sekiranya nama domain tersebut belum dimiliki) dengan sedikit bayaran, kini anda pasti merasai kebebasan dan kepuasan dan inilah mengapa ramai yang memilih hosting berbayar.

Oleh yang demikian dengan sedikit pengorbanan masa dan tenaga, kami bersepakat untuk menawarkan pakej-pakej yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad kredit pasti merasa bertuah kerana kami menawarkan harga didalam matawang Ringgit Malaysiaberserta bayaran menerusi bank bank yang terdapat di Malaysia.

Menerusi kaedah ini, kami yakin semua pihak akan menikmati pulangan yang membanggakan bersama kepuasan serta turut menyumbang kepada informasi global dunia tanpa sempadan.